“Adik jangan masuk bilik tu gelap, takut... eii... ada hantu,”
Ungkapan remeh itu asalnya bertujuan menghalang anak degil atau
memudahkan tugas keibubapaan, sebaliknya memiliki kesan psikologi yang
tidak remeh pada anak. Ia bukan saja membuat mereka sentiasa takut pada
gelap dan hantu tetapi membuat mereka lambat ‘pulih’ dari imaginasi
hantu atau momok. Malah mengehadkan kreativiti dan imaginasi Pakar
Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Kampung Baru, Dr Noor Aziah Mohd Saari,
berkata sikap ibu bapa sangat penting dalam membentuk personaliti anak.
Pendidikan yang berbentuk ancaman dan menakut-nakutkan anak dengan hantu atau momok akan membuatkan mereka gentar mencuba sesuatu.
Pendidikan yang berbentuk ancaman dan menakut-nakutkan anak dengan hantu atau momok akan membuatkan mereka gentar mencuba sesuatu.
“Perasaan takut itu boleh terbawa-bawa hingga dewasa dan membuat mereka
menjadi kurang yakin untuk mencuba pengalaman baru,” katanya.
Tidak dinafikan, perasaan takut adalah fitrah semula jadi manusia. Ia
bersifat mempertahankan diri (self defence) dalam situasi yang dianggap
bahaya atau
mengancam keselamatan.
mengancam keselamatan.
Sifat ini berkembang pada usia enam hingga sembilan bulan. Awalnya, bayi
akan tersenyum dan suka semua orang yang mendekati dan membelainya.
Hinggalah ketika usia mencecah enam bulan, bayi sudah mula menyedari
perbezaan antara mama dan ayah dengan orang lain di sekelilingnya.
Apabila usia meningkat, perasaan takut itu berkembang mengikut imaginasi
dan juga persekitaran. Jika dia kerap ditakutkan dengan hantu, dia akan
terasa
hantu itu sebahagian dari hidupnya.
hantu itu sebahagian dari hidupnya.
“Perasaan takut bagaimanapun, akan hilang dengan sendirinya ketika
kanak-kanak berusia dua tahun. Jika dia ber usia setahun tetapi tidak
takut pada orang
asing misalnya, itu mungkin petanda perkembangannya terlewat ke rana pada usia ini dia sepatutnya ada rasa ‘stranger anxiety’,” kata Dr Noor Aziah.
asing misalnya, itu mungkin petanda perkembangannya terlewat ke rana pada usia ini dia sepatutnya ada rasa ‘stranger anxiety’,” kata Dr Noor Aziah.
Apabila kanak-kanak berusia dua tahun, sepatutnya, dia sudah mula ada
keyakinan diri. Dia kurang takut pada persekitaran dan orang asing.
Bagaimanapun, bagi sesetengah kanak-kanak ketakutan itu akan beransur-ansur hilang pada usia antara tiga hingga lima tahun.
Kanak-kanak memiliki personaliti sendiri sejak hari pertama mereka dilahirkan.
Justeru, kematangan sosial yang bergantung kepada personaliti anak
bukanlah bahan ukuran kepandaian atau IQ keseluruhan tetapi hanya
sebahagian daripada
sudut IQ saja. Sebabnya mungkin personaliti anak itu sendiri yang pendiam, pemalu dan peramah membentuk sikapnya.
sudut IQ saja. Sebabnya mungkin personaliti anak itu sendiri yang pendiam, pemalu dan peramah membentuk sikapnya.
Secara umum, kebanyakan kanak-kanak akan menunjukkan tindak balas
sedikit sebanyak yang menunjukkan dia tidak selesa dengan orang asing.
“Kanak-kanak yang dididik di pusat jagaan misalnya, punyai persekitaran
yang mendedahkannya untuk belajar bergaul lebih awal. Dengan kematangan
sosialnya
mungkin lebih cepat berbanding kanak-kanak yang dididik di rumah oleh ibu.
mungkin lebih cepat berbanding kanak-kanak yang dididik di rumah oleh ibu.
Begitupun, jika si ibu kerap membawanya bersiar-siar, bersantai dan
bertemu ramai orang, anak itu juga akan memiliki persekitaran sosial
yang baik,” katanya.
Ketakutan yang tidak terkawal boleh bertukar kepada fobia jika ia
terlalu ekstrem. Fobia mungkin disebabkan anak itu mengalami trauma atau
pengalaman pahit
terhadap sesuatu perkara hingga dia tidak boleh bertoleransi terhadapnya.
terhadap sesuatu perkara hingga dia tidak boleh bertoleransi terhadapnya.
Misalnya, mungkin dia pernah berhadapan kebakaran rumah atau digigit serangga hingga terasa sangat sakit.
Fobia tidak normal. Ia mesti diatasi tetapi bukan hanya membabitkan kanak-kanak itu saja tetapi ibu bapa dan pakar psikologi.
Apa yang ditakuti kanak-kanak?
a) Hantu dan persekitaran gelap
Takut pada gelap dan hantu bergantung pada imaginasi dan realiti. Jika
sebagai ibu, kita mendidiknya ‘jangan takut gelap ia disebabkan tiada
lampu, bukan
ada hantu’ kanak-kanak tidak akan takut. Pada usia enam hingga sembilan bulan, perasaan takut sudah wujud dalam diri.
ada hantu’ kanak-kanak tidak akan takut. Pada usia enam hingga sembilan bulan, perasaan takut sudah wujud dalam diri.
Tetapi ketika mencecah usia dua hingga tiga tahun, kanak-kanak lebih berkeyakinan.
b) Orang asing
Disebabkan jarang bertemu mereka atau tidak pernah bertemu. Ada
kanak-kanak mengambil masa untuk mesra dengan orang baru. Pada usia dua
tahun, kanak-kanak
lelaki akan lebih selesa dengan rakan sejantinanya begitu juga kanak-kanak perempuan. Kadangkala rasa tidak selesa dengan jantina lain akan ‘pulih’ apabila
usia masuk akil baligh.
lelaki akan lebih selesa dengan rakan sejantinanya begitu juga kanak-kanak perempuan. Kadangkala rasa tidak selesa dengan jantina lain akan ‘pulih’ apabila
usia masuk akil baligh.
c) Doktor
Ada doktor kurang peka ketika merawat anak. Layan anak dengan baik
seperti orang dewasa. Mungkin bunyinya agak aneh dan remeh, misalnya
perlu minta izin
untuk membuka baju dan lampin mereka. Tetapi hak mereka perlu juga dihormati. Contohnya, kata-kata lembut, ‘doktor buka baju ya, doktor nak periksa, abang
sakit ni,’ mungkin boleh membantu.
untuk membuka baju dan lampin mereka. Tetapi hak mereka perlu juga dihormati. Contohnya, kata-kata lembut, ‘doktor buka baju ya, doktor nak periksa, abang
sakit ni,’ mungkin boleh membantu.
Ibu bapa juga jangan takutkan anak-anak dengan doktor misalnya berkata,
‘ha... jangan menangis nanti mama suruh doktor cucuk dengan jarum
besar,’kerana
ia akan menyukarkan komunikasi dengan kanak-kanak itu.
ia akan menyukarkan komunikasi dengan kanak-kanak itu.
Jenis ketakutan yang mungkin dialami anak
a) Kekacauan kebimbangan keterlaluan
Keadaan ini sangat jarang berlaku tetapi kerap berkait rapat dengan
pengalaman buruk yang pernah dialami nya. Kanak-kanak secara umumnya
takut dengan
pelbagai perkara setiap hari, tetapi tidak termasuk di dalam kategori ini jika tidak keterlaluan.
b) Panik
Kanak-kanak yang cepat panik akan menyebabkan dada mereka sesak, nafas
pendek, sakit perut dan kepala terasa pusing. Misalnya panik menghadapi
peperiksaan.
c) Bimbang pada orang asing
Bayi selalunya akan berhadapan dengan ketakutan begini. Apabila mereka
bertemu orang yang tidak dikenali dia tidak akan jauh dari ibu bapanya.
d) Bimbang berpisah
Pada usia 10 hingga 18 bulan, kanak-kanak mula berasa takut berpisah
dengan ibu bapa. Ia mengecewakan dan menakutkan jika mereka terpaksa
berpisah dengan
ibu bapa atau orang yang mereka sayang. Merasa menangis, panik atau marah apabila ibu bapa cuba meninggalkannya malah mungkin kerap mengigau atau susah
tidur.
ibu bapa atau orang yang mereka sayang. Merasa menangis, panik atau marah apabila ibu bapa cuba meninggalkannya malah mungkin kerap mengigau atau susah
tidur.
e) Kekacauan tekanan post-trauma
Mereka akan merasainya selepas berhadapan dengan bencana misalnya rumah terbakar. Memori itu sangat jelas.
f) Fobia
Ia terjadi apabila mereka rasa takut yang keterlaluan pada sesuatu perkara seperti serangga, kilat atau berjumpa orang baru.
Pada sesetengah kanak-kanak ia sangat ekstrem dan sukar dikawal.
Kadang-kadang mereka membesar dengan fobia itu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar